Sunday, May 2, 2010

Mahu Tuah & Kak Vee


Tuah


SAYA bukan pendengar radio yang tegar. Hanya ada kesempatan sahaja barulah saya buka radio dan mendengar lagu-lagu yang dimainkan oleh stesen radio tempatan. Cuma baru-baru ini apabila mendengar Sinar FM, terasa kelainannya.

Gandingan Tuah dan Kak Vee yang langsung saya tak kenali begitu menarik perhatian saya. Saya sangat terhibur dengan celoteh mereka walaupun tak mengenali siapakah Kak Vee itu.

Walaupun Kak Vee sangat terkeliru identitinya, tapi apa yang keluar dari mulutnya benar-benar membuatkan saya gembira. Tuah juga tidak menghadapi masalah apabila bergandingan dengan Kak Vee.

Sayang... Hanya seminggu sahaja gandingan mereka. Kini saya dah tak dengar gandingan mantap mereka lagi. Saya harap pihak Suria FM boleh menggandingkan mereka lagi pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: