BUTIK yang terletak di aras tiga pusat beli-belah Sooka Sentral, Kuala Lumpur itu ibarat syurga minyak wangi yang paling ideal untuk dikunjungi. Bersesuaian dengan namanya World of Perfumes, semua jenis minyak wangi boleh diperoleh sama ada untuk koleksi peribadi atau dijadikan hadiah istimewa.
|
|
Bermula daripada minyak wangi tanpa alkohol, tiada jenama sehinggalah yang berjenama antarabangsa dan mewah semuanya ada.
Menariknya, koleksi minyak wangi berjenama yang ditawarkan bukan dalam bilangan yang sedikit, sebaliknya terdapat lebih 20 jenama yang tidak asing lagi di kalangan penggemar minyak wangi terutama golongan remaja yang cukup menggilai seleksi haruman selebriti terkenal seperti Paris Hilton dan pemain bola sepak, David Beckham.
|
|
Memahami selera anak-anak muda yang ingin memiliki minyak wangi berjenama tetapi dijual pada harga yang rendah, World of Perfumes berusaha memenuhi kehendak tersebut. Bagi individu yang tidak mementingkan soal jenama, tetapi kualiti, maka pilih saja rangkaian minyak wangi yang jenamanya kurang dikenali.
Biarpun tidak bergantung pada jenama dan dijual tidak melebihi RM50, koleksi haruman itu masih menjadi tumpuan ramai.
Kepada individu yang ingin membeli minyak wangi berjenama seperti Swiss Army, Nautica, Elizabeth Arden atau David Beckham, pada harga kurang RM100, jangan gusar. Di World of Perfumes, harga minyak wangi jenama popular dijual lebih murah berbanding minyak wangi yang ditawarkan di kaunter-kaunter kosmetik.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: