Sunday, February 28, 2010

Perangai binatang

KUALA KUBU BHARU: “Dia memang bukan manusia dan tarafnya lebih rendah daripada binatang. Mana tidaknya, binatang pun tidak akan membuat perkara sekejam itu,” kata Siti Nurhanim Aziz, 25, ibu kepada Syafia Humairah Sahari, 3, yang maut dibelasah teman lelakinya, Jumaat lalu.

SAYU... Siti Nurhanim menabur bunga pada pusara anak  selepas pengkebumian  di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang.
SAYU... Siti Nurhanim menabur bunga pada pusara anak selepas pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang.

“Sebenarnya, sejak tiga hari lalu Syafia jatuh sakit. Dia sering muntah ketika diberi makan ubat dan makan, menyebabkan teman lelaki saya memarahinya.


“Namun, kemarahannya ketika itu hanya seperti seorang bapa kepada anak. Saya tidak pasti apa sebenarnya terjadi sehingga menyebabkan dia hilang pertimbangan dan sanggup melakukan perbuatan kejam itu.


“Apapun puncanya, tindakan teman lelaki saya adalah keterlaluan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Difahamkan, suspek mula hilang pertimbangan apabila kanak-kanak itu tidak mahu pulang ke rumah biarpun disuruh berulang kali.

Malah, rumah mangsa dan teman lelaki ibunya yang bekerja sebagai pemandu teksi dikatakan terletak di kawasan perumahan sama di Kampung Batu 30, Batang Kali, di sini, dan hanya dijarakkan dengan 10 rumah.


Siti Nurhanim berkata, selama menjalin hubungan sejak enam tahun lalu, dia mendapati teman lelakinya panas baran.


“Namun, dia dan Syafia agak rapat. Itu sebab pada mulanya saya tidak percaya Syafia dipukulnya biarpun berulang kali diceritakan ahli keluarga,” katanya.


Menurutnya, jika didapati bersalah teman lelakinya bertanggungjawab melakukan kekejaman itu, dia berharap tindakan setimpal akan dikenakan.


“Orang sepertinya tidak patut wujud atas muka bumi ini,” katanya.


Jenazah Syafia dibawa ke rumahnya di Kampung Batu 30, di sini, selepas bedah siasat selesai dilakukan dan dia dijadualkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, di sini, pada jam 5 petang, semalam.


Semalam, Harian Metro melaporkan tindakan kejam seorang lelaki yang sanggup memijak kepala dan menendang seluruh tubuh mangsa di sebuah padang permainan di Kampung Batu 30, Batang Kali, di sini, sehingga menyebabkan kematiannya.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 petang kelmarin, suspek dikatakan hilang pertimbangan sebelum membelasah kanak-kanak itu walaupun perbuatannya diperhatikan penduduk setempat.


>Perut mangsa pecah KUALA KUBU BHARU: Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Mohd Rashid, berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian Syafia Humairah Sahari, 3, disebabkan bahagian perutnya pecah, pendarahan serius di otak selain kecederaan teruk di seluruh badan.


“Kenyataan saksi bahawa suspek memijak mangsa. Dia ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu.


“Namun kita berusaha mendapatkan kelulusan mahkamah untuk mendapatkan sambungan reman sehingga tempoh maksimum iaitu 14 hari bagi memudahkan siasatan kes dilakukan,” katanya.


Bakhtiar berkata, pihaknya juga akan merakam percakapan bapa kandung mangsa dalam masa terdekat kerana dia mendakwa mengetahui anaknya didera sejak sekian lama.


“Semuanya masih dalam siasatan. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.


Sementara itu, Bernama melaporkan Bakhtiar berkata, pemandu teksi yang berdepan tuduhan membunuh anak perempuan teman wanitanya juga bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah kerana bersekedudukan dengan ibu mangsa sehingga melahirkan seorang anak luar nikah.


Menurutnya, polis akan merujuk lelaki berumur 28 tahun itu dan ibu mangsa, 25, ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut selepas didapati tidak berkahwin tetapi hidup bersama sehingga mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil hubungan selama enam tahun.


“Ibu mangsa masih belum bercerai dengan suaminya tetapi berlagak seperti sepasang suami isteri dengan suspek,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.


Selain itu, Bakhtiar berkata, polis kini mengesan beberapa saksi di tempat kejadian untuk diambil keterangan mereka.


“Saksi perlu diambil keterangan berikutan beberapa orang melihat kejadian tetapi tidak melaporkan kepada polis,” katanya.

10 comments:

  1. Perangai laki tu jauh lebih teruk daripada BERUK.

    ReplyDelete
  2. menyampah aku dengan Siti Nurhanim nie...dahlah duduk bersekududukan...tak malu...konon salahkan suami...diri sendiri tak rasa bersalah pun...sedih anak mati...perangai sendiri yang tak betul...patut MALU!!!!

    ReplyDelete
  3. Ye betul tu. Kita nampak jahat lelaki tu aje sedangkan kejahatan yang perempuan tu tertutup dek kisah anak dia. Yang menariknya keluarga perempuan tu tau yang mereka bersekedudukan tapi buat tak tau aje. Apa barang???

    ReplyDelete
  4. nilah yg terjadi ble stu keluarga jahil..ksian.. namanya jer islam.. tp lgsg xrupa islam

    ReplyDelete
  5. yg aku konfius is she really sad? atau hanya lkonan nk tutup salah.. aku bnci prmpuan mcm kau, xlyk jd mak.. ko ckp laki tu, ko lg jht sbb tu anak ko. aku bnci.. xyah jd mnsia lg baek, pndai buat ank jer, jg ank lgsg xtau..smg tuhan mmbls smua kjhtn ko dan laki tu

    ReplyDelete
  6. yup..agak konpius sikit citer ni..tp mmng kematian ank kecil ni mmbongkar 1000 cerita..

    ReplyDelete
  7. bdowh pny pmpuan...knon sedih pastu buat2 pengsan...ka mmg pempuan sial...da r duduk serumah xkawen...ape ke bangang sngt ka yg buat muke xmalu na tarik prhatian dkt media...rkyat malaysia kesian kt anak ka je...bkn ka ....pelacur!!!

    ReplyDelete
  8. 6 tahun hidup bersama, takde sorang jiran pun ambik kisah hubungi pihak berkuasa, takkan kawan-kawan anak tak pernah tanya anak dia, lelaki tu ayah dia tidak.

    aku tak tau apa nak jadi dengan bangsa melayu hari inilah?

    ReplyDelete
  9. aku rasa kita patut ambil pengajaran dan iktibar dari kisah ini...

    1. keluarga Siti Nurhanim tak pernah datang melawat dan ambil tau dia hidup bersekedudukan ke? tak pernah di tanya cucu-cucu mereka mak duduk dengan siapa, kerja apa, cukup ke makan minum?

    2. jiran tetangga tak pernah ambil kisah ke, takkan sampai 6 tahun tak pernah tau apa-apa pasal jiran sendiri? anak-anak tak berkawan dengan anak-anak jiran dan cerita lelaki kat rumah tu bukan ayah mereka?

    3. tuan punya rumah tak pernah ambil tau ke pasal penyewanya hidup macam mana? lelaki tu betul ke suami dia.

    4. keluarga lelaki durjana tu tak ambil kisah ke pasal anak lelaki diaorang, pasal cucu luar nikah diaorang ke? tak pernah bertanya apa2 ke?

    5. cikgu di sekolah tak pernah tanya ke anak-anak pasal ayah?

    6. pihak bancian/jabatan kesihatan tak pernah ke datang melawat rumah dan tgk macam ada yang tak kena?

    7. tok penghulu, umno bahagian, tak pernah nak ambil tau ke samada pasangan ini dah berkahwin ke belum, boleh hidup beranak bini sampai 6 tahun lamanya!

    ReplyDelete
  10. ala...family si mak nye pun binatang gak...

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: