LUPAKAN pentas peragaan dan permaidani merah. Trend kini memperlihatkan model-model menguak untuk memperagakan fesyen di dalam air.
Ini dapat dilihat dalam satu pertunjukan fesyen di pusat akuatik Circular Quay, Sydney, Australia baru-baru ini.
Antara bintang terkemuka yang terlibat ialah Jason Dundas dan Kristian Schmid, model Jamie Wright and pelatih Biggest Loser.
Menariknya, mereka berbuat demikian tanpa alat-alat menyelam dan topeng.
Mereka hanya bersandarkan pada kemahiran berenang untuk menayangkan keindahan fabrik dan keunikan reka cipta pakaian masing-masing.
Model-model berkenaan berpakaian kot, bertali leher malah bergaun.
Mereka tidak perlu menyikat rambut, berkasut dan bersolek. Ini kerana rambut akhirnya kusut-masai dan kesan gincu hilang di air.
Ada kalanya model bergaun tampak persis ikan duyung bermain di dalam air.
Nampaknya dunia fesyen bukan sahaja di darat bahkan di air.
Barangkali pereka cipta fesyen tersebut ingin menyampaikan mesej bahawa hasil ciptaan mereka sesuai untuk semua cuaca.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: