![]() |
| KERATAN Kosmo! semalam. |
KOTA BHARU - Peguam kepada Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dijangka membuat kenyataan pada Khamis ini berhubung pergeseran dengan madunya, Elia Suhana Ahmad.
Ia akan dikemukakan dengan beberapa bukti bagi menangkis dakwaan terhadap baginda selain menjernihkan semula keadaan.
Bukti tersebut juga akan turut dimuatkan dalam notis bantahan awal yang dijangka difailkan oleh peguam kelak bagi mengenepikan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.
Difahamkan peguam Tengku Anis telah ke Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu semalam bagi mendapatkan segala butiran yang diperlukan bagi memfailkan notis bantahan awal itu.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: