Tuesday, February 23, 2010

Paris mula gunakan pengimbas


SEORANG wanita diperiksa dengan alat pengimbas di lapangan
terbang Roissy Charles-de-Gaulle, Paris semalam.


PARIS - Pemerintah Perancis memulakan penggunaan alat pemeriksa pengimbas keselamatan seluruh badan bagi para penumpang yang menuju ke Amerika Syarikat (AS) di Lapangan Terbang Roissy Charles-de-Gaulle di Paris semalam.

Keputusan untuk menggunakan pengimbas tersebut selama tiga bulan dilakukan berikutan kebimbangan mengenai keselamatan selepas seorang lelaki warga Nigeria didakwa cuba untuk meletupkan bahan letupan yang disembunyikan di dalam seluar dalamnya semasa berada di dalam sebuah pesawat menuju ke Detroit, AS pada 25 Disember lalu.

Pengimbas itu dapat membantu mengesan objek-objek terlarang yang disorokkan di dalam pakaian.

Pengarah pihak berkuasa penerbangan awam Perancis, Patrick Gandil memberitahu pengimbas itu tidak mendatangkan sebarang bahaya kepada penggunanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: