Monday, February 22, 2010

Padah tolak cinta rakan sepejabat


NOR menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat selepas didakwa dipukul dan diculik oleh rakan sepejabat di Paroi Jaya semalam.


SEREMBAN - Tindakan seorang wanita yang menolak cinta seorang pekerja di pejabatnya membawa padah apabila dia mendakwa ditumbuk bertubi-tubi sebelum diculik selama 11 jam oleh lelaki tersebut dalam satu kejadian di sini baru-baru ini.

Pengalaman menakutkan yang dilalui oleh wanita yang mahu dikenali sebagai Nor, 21, itu berlaku pukul 11.30 malam 16 Februari lalu apabila lelaki tersebut didakwa menyerangnya ketika dia baru sampai di rumah sewanya yang terletak di Paroi Jaya di sini.

Lelaki yang datang dengan menaiki sebuah kereta Proton Wira itu turut didakwa mengugut hendak membunuhnya sekiranya dia enggan menerima cintanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: