Monday, February 8, 2010

Nabil Raja Lawak Tak Puas Hati

Menonton lakonannya dalam Lu Pikirlah Sendiri de Movie menimbulkan ketidakpuasan hati kepada Nabil. Masakan tidak, filem tersebut adalah filem pertama lakonannya selepas memenangi Raja Lawak.

"Saya tahu saya boleh bagi lebih lagi untuk watak ini. Lagipun saya tak ada basic lakonan langsung pada masa tu tapi syukur abang Apek banyak bagi tunjuk ajar," ujarnya

Sedikit kesal dengan hasil yang dipertontonkan, Nabil mengakui filem lakonannya tidak mungkin dapat menandingi filem Adnan Sempit yang sedang hangat ditayangkan. Baginya tiada apa yang dapat dipertikaikan lagi kerana filem tersebut telahpun siap sepenuhnya.

Seperti pada tanggapan saya, Nabil juga tidak menafikan jalan cerita Lu Pikirlah Sendiri de Movie tiada motif utama yang ingin dipaparkan. Selain itu, penggunaan tajuk Lu Pikirlah Sendiri yang juga merupakan trademark Nabil, baginya tiada kena mengena dengan jalan cerita yang ingin disampaikan.

"Sebenarnya tajuk asal filem ini adalah Izinkan Kami Bercinta, tapi atas dasar promosi mereka gunakan Lu Pikirlah Sendiri. Saya tak banyak menyumbang dalam filem ini walaupun 50 peratus cerita adalah daripada kehidupan sebenar saya.

"Keseluruhan jalan cerita ditentukan pengarah sendiri. Saya tak menyesal berlakon dalam filem ini. Perkara biasa bagi pelakon untuk dapat cerita yang tidak kena dengan minat dan ini adalah pengajaran untuk masa depan saya," luah hati Nabil yang akan muncul dalam filem arahan Aziz M. Osman berjudul Keluang Man.

Hargai Kehadiran Irma

Mengakui popularitinya agak menurun sejak kebelakangan ini, namun Nabil menyangkal kehadiran Irma penyebab kepada kejatuhannya.

“Saya tak rasa saya jatuh sebab Irma, Cuma rezeki tidak memihak kepada kami. Saya tak salahkannya sebab dia banyak bantu saya dalam kehidupan.

“Saya akan menyunting Irma dan kalau boleh saya nak kahwin pada tarikh 11.11.2011. Dan nak bertunang tiga bulan sebelum kahwin, nak tunggu sponsor masuk (ketawa),” katanya yang memberikan seutas rantai emas putih huruf N sempena hari lahir Irma bulan lepas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: