Monday, February 22, 2010

Maya Karin nafi bercerai


MAYA bersama suaminya, Steven.


KUALA LUMPUR - Pelakon popular, Maya Karin menafikan dia telah bercerai dengan suaminya, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Steven.

Berita mengenai penceraian Maya, 31, dengan guru berusia 41 tahun itu tersebar luas di Internet sejak seminggu lalu.

Ia menjadi hangat selepas laman portal gua.com.my menerusi kolum Cik Andalusia yang bertajuk 'Maya Karin Bercerai?' terpapar di Internet pada 18 Februari lalu.

"Saya menafikan berita (penceraian) tersebut," katanya ringkas sewaktu dihubungi Kosmo! semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: