Saturday, February 20, 2010

Kenyataan Dr. Porntip ditolak


PORNTIP


SHAH ALAM - Hasil bedah siasat kedua ke atas mayat Teoh Beng Hock yang dibacakan di Mahkamah Koroner di sini semalam masih menunjukkan kematian mendiang berpunca daripada kecederaan berganda setelah terjatuh dari tempat tinggi.

Ia sekali gus menolak cadangan Pakar Patologi dari Thailand, Dr. Porntip Rojanasunan bahawa Setiausaha Politik Exco Selangor itu mengalami beberapa kecederaan sebelum jatuh dan mati selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Forensik di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr. Shahidan Md. Noor semalam tidak bersetuju dengan cadangan Porntip bahawa Beng Hock mengalami kecederaan di dubur, paha dan leher sebelum terjatuh dari tempat tinggi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: