Wednesday, February 3, 2010

Feri seludup pendatang haram


FERI MV Ocean Express 6 yang ditahan di Pelabuhan Klang kerana didakwa menyeludup keluar pendatang tanpa izin.

PELABUHAN KLANG - Pasukan Gerakan Marin (PGM) Pelabuhan Klang membongkar kegiatan sindiket penyeludupan manusia dengan menggunakan feri penumpang syarikat Indonesia selepas menahan 48 warga asing yang cuba diseludup keluar semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi semalam, PGM menemui seramai 48 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia bersembunyi di dalam 'kolong' berhampiran bilik enjin dan tangki minyak diesel feri itu.

Mereka yang ditahan di ruang khas yang dilengkapi penghawa dingin dan kipas angin itu berjumlah 48 orang berusia 21 hingga 42 tahun termasuk 20 orang wanita.

Turut ditahan ialah kapten Feri MV Ocean Express 6 bersama lapan anak kapal.


DALAM ruang sempit inilah seramai 48 warga Indonesia berhimpit-himpit untuk diseludup keluar dengan feri penumpang.



NORZAID (kiri) melihat sebahagian daripada 48 pendatang tanpa izin warga Indonesia yang ditahan di Pelabuhan Klang semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: