Wednesday, February 24, 2010

Cinta Hamilton-Nicole berputik semula


GAMBAR fail menunjukkan Hamilton dan Nicole di Sepanyol pada Mei tahun lalu.


LOS ANGELES - Pelumba dan bekas juara dunia Formula Satu (F1) dari Britain, Lewis Hamilton dan pasangannya, penyanyi utama kumpulan Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger kembali menjadi pasangan selepas mereka mengumumkan perpisahan secara rasmi, lapor sebuah akhbar semalam.

Hamilton dilihat begitu mesra di samping Nicole semasa mereka membeli-belah di Hollwood baru-baru ini.

Penyanyi itu mendedahkan bahawa mereka kini merancang untuk berkahwin.

Nicole, 31, yang tidak henti-henti ketawa kecil ditanya oleh seorang pembantu kedai adakah dia sedang mencari pakaian. Dia menjawab: "Gaun perkahwinan saya tahun ini."

Pendedahan itu dibuat selepas pasangan tersebut secara rasmi mengumumkan perpisahan pada tahun lalu kerana mereka tidak dapat meluangkan banyak masa bersama. Hamilton, 25, menyalahkan komitmen perlumbaannya telah menyebabkan hubungan yang berlangsung selama 20 bulan bersama Nicole menjadi hambar.

Namun begitu, seorang teman rapat mengesahkan: "Mereka mengambil satu keputusan sukar dan kedua-duanya kemudian menyesal kerana memutuskan hubungan tidak lama selepas itu."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: