Tuesday, February 23, 2010

Bobby Deol Bintangi Dua Filem Sangeeth Sivan

Bobby Deol bakal membintangi dua buah filem Sangeeth Sivan.

SELEPAS berlakon dalam filem seram 'click' arahan Sangeeth Sivan, kini Bobby Deol pula bakal membintangi dua buah filem arahan pengarah yang sama.

"Saya dalam proses untuk memulakan projek dua buah filem itu. Filem terbaru itu berjudul 'cheers' berbentuk drama yang akan menampilkan Dharam-ji (Dharmendra) dan Bobby Deol yang akan digandingkan bersama," kata Sivan.

"Filem itu mengisahkan seorang bapa dengan anak lelaki. Kisahnya bermula dengan perjalanan seorang bapa untuk menemui anak lelakinya. Cerita itu begitu dekat dengan saya," ujarnya.

Antara filem lain arahannya yang sedang dalam proses adalah sebuah filem komedi selepas dia mengarah filem 'Kya Kool Hain Hum' (2005) dan 'Apna Sapna Money Money'(2006).

Bobby pernah memegang watak utama dalam filem arahannya yang terdahulu iaitu 'Ek: The Power of One".

Sivan memilih Bobby untuk membintangi kedua-dua buah filemnya itu kerana merasakan dia adalah orang yang sesuai untuk filem terbarunya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: