Tuesday, May 11, 2010

Salon rambut bergerak


Yuko Yamashita (empat daripada kiri) semasa majlis pelancaran salon bergerak Sunsilk.


SETIAP orang, baik lelaki atau wanita tidak dapat lari daripada menghadapi masalah rambut. Rambut berkelumumur, gatal, kulit kepala terkopek, rambut gugur adalah antara masalah yang dihadapi ramai orang.

Sering juga ada yang tidak sempat mencuci rambut di rumah kerana pulang kerja lewat malam dan sekiranya mencuci pada waktu pagi, bimbang pula rambut tidak kering semasa hendak keluar bekerja.

Kini anda boleh mendapatkan rambut seolah-olah sentuhan pakar apabila Sunsilk melancarkan salon rambut bergerak, Sunsilk Co-Creations Mobile Salon.

Salon bergerak itu akan menjelajah ke 20 lokasi di seluruh Malaysia khususnya pusat pasaran utama bagi berkongsi sentuhan pakar rambut dengan lebih ramai wanita di negara ini. Ia bagi membolehkan mereka memiliki rambut yang cantik menawan.

Pengurus Pemasaran Unilever (M) Holdings Sdn. Bhd., Ashley Ng. berkata, salon bergerak itu dilancarkan bagi memberi peluang kepada wanita merasai pengalaman didandan rambut secara eksklusif.

Buat permulaan, salon bergerak ia akan berada di Sungai Wang pada 15 dan 16 Mei ini.

"Kemudian ia akan bergerak ke Kota Bharu, Terengganu dan terus ke selatan. Salon bergerak ini tidak menjual produk kerana produk Sunsilk ada dijual di kedai-kedai.

"Pelanggan yang datang ke salon bergerak ini akan dianalisis rambut bagi mengenal pasti keperluan atau masalah rambut mereka. Mereka kemudian akan diberi rawatan yang sesuai dan betul dengan keperluan rambut mereka,'' kata Ashley pada majlis pelancaran di Sunway Pyramid, Bandar Sunway, Selangor baru-baru ini.

Selain salon bergerak, Sunsilk buat pertama kali akan menjayakan siaran tiga program televisyen berunsur pendidikan mengenai pengurusan dan penjagaan rambut.

Program bertajuk 'Alami Sentuhan Pakar' yang diterajui oleh dua orang artis tempatan, iaitu Nora Danish dan Cheryl Lee yang akan disiarkan bermula bulan Mei hingga Ogos.

Sementara itu, pakar kecantikan rambut terkenal dan pensyarah dari Tokyo yang juga pencipta bersama syampu Sunsilk Silky Smooth and Manageable, Yuko Yamashita berkata, beliau benar-benar ingin membantu wanita memiliki rambut yang sihat, lembut dan mudah diurus.

"Saya kerap menganalisis rambut dan mendapati bahawa yang menentukan kelicinan dan kelembutan rambut ialah setiap helai rambut 'berinteraksi' di antara satu sama lain.

"Setiap helai mesti meluncur licin apabila bergeser. Semua wanita berhak mempunyai rambut yang lembut, licin dan mudah diurus. Ini boleh diperoleh dengan menggunakan rangkaian produk yang saya cipta bersama Sunsilk,'' ujar Yuko.

Rangkaian produk ciptaan Yuko mengandungi keratin yoghurt nutri complex yang 'menjinakkan rambut liar' dari akar hingga ke hujung.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: