PUTRAJAYA – Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Haniff Omar adalah antara lapan anggota panel khas yang ditubuhkan bagi memantau siasatan berhubung insiden seorang remaja 15 tahun yang ditembak mati oleh polis akhir bulan lalu.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, yang juga pengerusi panel itu berkata, anggota panel lain ialah tiga anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), pensyarah dan pakar jenayah bebas.
Tiga anggota Suhakam itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli), Datuk Dr. Michael Yeoh, Datuk Seri Muhammad Shafee (peguam) dan Datuk Dr. Denison Jayasooria (aktivis).
Dua lagi anggota panel ialah pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Datuk Abd. Halim Sidek dan penganalisis jenayah, Kamal Affandi manakala Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Ahmad Fuad Ab. Aziz bertindak sebagai setiausaha panel.
“Penubuhan panel khas ini adalah untuk memantau secara langsung proses penyiasatan oleh polis bagi memastikan siasatan dijalankan secara pantas dan menjamin keadilan kepada semua pihak terlibat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama panel khas itu di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: