APABILA berjumpa dengan kawan-kawan, banyaklah maklumat yang Cik Normah dapat. Jadi, dapat satu cerita lucu pada pandangan Cik Normah mengenai beberapa teman Cik Normah yang kena ‘pau’ dengan ibu saudara seorang artis jelita.
Hasrat mereka nak menziarah ibu saudara artis yang juga rakan baik kepada teman Cik Normah itu bertukar tragedi yang tidak mungkin mereka lupakan sepanjang pengalaman mereka ketika bercuti di luar negara baru-baru ini.Kononnya sudah lama tak jumpa, kawan Cik Normah itu menziarahi teman yang sudah lama tak jumpa. Bersusah payah dia membuat temu janji tetapi ibu saudara artis berkenaan juga datang. Pertemuan dibuat di sebuah restoran. Ingatkan apabila datang dari jauh, dia bermurah hati nak belanja tetapi apabila waktu nak minta bil membayar makanan, macam-macam alasan diberikan. Baru balik dari luar negeri tak sempat nak tukar duit, akhirnya kawan Cik Normah pula yang belanja dia. Sebelum itu, ibu saudara artis ini cakap bukan main besar lagi. Rumah sedang diubah suai, orang gaji Filipina balik kampung dan bermacam-macam lagi cerita besar yang keluar dari mulutnya. Entah betul atau tidak, tak dapat nak dipastikan.
Kalau tak ada duit, cakaplah kawan-kawan Cik Normah tak kisah. Janganlah pukul canang awak itu kaya raya, sebab bila kes-kes macam ini terjadi buat digelakan orang saja.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: