|
|
RAMAI yang melahirkan rasa terkejut bila Zain Saidin melontarkan keinginannya untuk berhijrah ke negara seberang, Indonesia.
Apalagi semua itu timbul selepas dia mengaitkannya dengan rasa kecewa terhadap industri filem di Malaysia yang menurutnya gagal membuka banyak ruang buat pelakon berwajah kacukan sepertinya.
Amboi..kecewa sampai nak membawa diri ke negara seberang. Teruk sangat ke industri kita ni Zain?
Kata pemuda 27 tahun ini, sisi pengamatannya mendapati kebanyakan produser tempatan sering memandang rendah keupayaan pelakon berwajah Pan Asia sepertinya biarpun berjuta-juta rakyat negara ini begitu memuja golongan yang mempunyai kelebihan ini.
Ia tampak jelas terutama dalam pengagihan watak yang kemudiannya memperlihatkan ketidakadilan sesetengah produser di negara ini.
“Saya tak kata semua, tapi ada di antara mereka yang tak mahu beri peluang buat pelakon Pan Asia seperti saya untuk pegang watak hero.
“Kenapa watak hero saja kena beri pada lelaki Melayu? Apa kurangnya lelaki seperti saya untuk pegang watak hero?
“Balik-balik watak lelaki jahat atau playboy. Kalau boleh saya tak mahulah sampai satu tahap penonton label kami pelakon jahat.
“Apa kata produser buka ruang buat kami untuk sama-sama bersaing. Barulah golongan seperti saya mampu berdiri sebagai seorang pelakon versatil,” ulas pelakon yang digosipkan sedang hangat bercinta dengan pelakon Rozita Che Wan ini.
Zain berharap kelantangannya dalam mempertahankan pandangan peribadi itu kelak mampu membuka mata banyak pihak mengenai isu ini.
“Situasi double standard ini sebenarnya dah lama wujud dalam industri. Saya cuma suarakan apa yang saya rasa.
“ Saya pun tak mahu sekadar sembang sahaja tapi kita tak buat apa-apa pun untuk industri. Macam mana nak berkembang maju?
“Kalau saya tak pandai atau berlakon macam kayu, beritahu dan bagilah tunjuk ajar. Saya memang sentiasa terbuka untuk belajar dan diajar. Apa yang saya mahu cuma peluang sama rata macam pelakon lelaki lain, itu saja, ” katanya.
Minta dihargai
Kelibatnya dalam dunia lakonan dilihat serius sejak setahun lalu. Bagaimanapun, kalau anda seorang peminat jejaka ini, Zain sebenarnya sudah lama berada dalam dunia seni.
Sejak umur lima tahun lagi, Zain sebenarnya sudah berjinak-jinak di depan kamera terutama dalam bidang pengiklanan.
Kalau hendak diikutkan, pengalamannya cukup untuk membuatkan Zain bergelar seorang pelakon versatil di negara sendiri.
Apalagi dengan berlandaskan wajah kacak yang menjadi umpan buatnya untuk memancing perhatian peminat.
Tetapi, hasrat pelakon Kiah Pekasam dan Anissa ini seakan mula menjauh apabila dia merasakan bakat yang ada pada dirinya tidak dihargai oleh orang-orang industri sendiri.
Maka disebabkan itulah, Zain melontarkan hasratnya untuk menjenguk peluang di negara orang meski hatinya berat untuk meninggalkan negara sendiri.
“Saya sayangkan industri kita dan kalau boleh saya nak memenangi hati penonton di negara sendiri sebelum melangkah keluar mencuba nasib di negara orang.
“Tapi apa yang dikesalkan, kebanyakan orang industri tak ‘sayangkan’ bakat orang macam saya. Walhal kalau di seberang, mereka akan mengalu-alukan kedatangan kami untuk berlakon di sana.
“Dan jangan terkejut kalau mereka tak mahu lepaskan kami balik semula sebagai pelakon di negara ini satu hari nanti. Itu yang berlaku pada Ashraf Sinclair dan Miller,” katanya.
Dalam pada itu, kata Zain, dia sudah merancang untuk membawa diri ke Indonesia dan mencari tapak dalam bidang lakonan di sana dalam tempoh setahun lagi. Namun, kata Zain, itu semua bergantung kepada sejauh mana perkembangan positif dalam kariernya.
Bagaimanapun, dia memberi penekanan supaya semua pihak tidak menuding jari dan mengaitkannya dengan istilah merajuk atau berkecil hati dengan industri.
Kata Zain, semua itu dilakukan kerana dia mahu mencari padang yang lebih hijau dan membina nama berlandaskan kepercayaan yang diberikan oleh produksi luar terhadap bakat dan bukan rupanya semata-mata.
bersyukur duk kat malaysia ni....sanggup ke anda di'indon' kan...xpsl2 lupe BM...berlakon is not everything, get over it. banyak kerja yang berkat. ada hikmah la tu jadi mcm ni. hidop kt indon bkn sng...
ReplyDeletesya sokong dia untuk berhijrah sebab industri perfileman indonesia sangat besar dan bagus.
ReplyDelete