Sunday, July 31, 2011

Kris Dayanti bersalin di Jakarta




KHABAR angin bertiup kencang mendakwa Kris Dayanti akan melahirkan bayi di kampung halaman suaminya di Dili.

Namun Kris kemudian mengesahkan bahawa dia memilih Jakarta untuk kelahiran anak ketiganya kelak.

"Saya masih belum bersiap lagi. Suami juga baru menyediakan kamar buat anak saya di rumah di sana. Saya berangkat ke Dili untuk mengucapkan selamat buat mertua saya yang tidak dapat menemani saya kelak. Saya sudah bersiap sedia untuk bersalin di Jakarta. Sebulan sebelum bersalin dan dua bulan setelah bersalin, saya akan berada di Jakarta," ujar Kris.

Diva yang akrab dipanggil KD ini juga memberitahu bahawa anaknya bakal lahir pada awal September.

"Kandungan saya sudah masuk lapan bulan dan ini merupakan anak ketiga. Kini saya sudah masuk 36 tahun dan jauh merasa tenang. Badan saya naik sampai 11 kilogram," katanya gembira.

"Tentang jantina, biar jadi kejutan sahaja. Apa yang pentingnya saya melahirkan di Jakarta, biar lebih efisien," ujar penyanyi lagu Mencintaimu itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: