Sunday, July 31, 2011

Yana mahu daftar mengundi




TIDAK keterlaluan untuk memuji pelakon berbakat, Norliana Samsudin. Dia antara pelakon yang semakin cerah prospek untuk mendaki tangga lebih tinggi dalam barisan pelakon terkenal sedia ada. Malah kemenangannya sebagai Aktres Pembantu Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-23 lalu terus menjadi pemangkin untuk anak kelahiran Kluang, Johor itu meneruskan langkah dalam bidang lakonan.

Sedang sibuk di lokasi penggambaran filem Minyak Dagu bawah arahan Azhari Zain, Norliana atau mesra disapa Yana ini juga sedang teruja mengikuti kelas dan latihan untuk melengkapkan diri bergelar askar wataniah secara komited.

Sejak lebih sebulan menyertai Platun Seni dan menjalani latihan Askar Wataniah di Rejimen 515 sekurang-kurangnya tiga kali seminggu di Kementerian Pertahanan (Kementah), Kuala Lumpur.

Yana merasakan penyertaannya dalam pasukan askar simpanan itu sebagai satu pelarian kepada tekanan dan fokus yang diberikan seratus peratus dalam dunia lakonan.

“Saya sangat seronok apabila ada jadual kelas dan latihan. Sejak memulakan latihan, saya hanya terlepas tiga kelas kerana ada masalah kesihatan, saya sakit gigi dan satu lagi kerana ada jadual penggambaran.

“Masuk wataniah macam kita sertai aktiviti kokurikulum di sekolah. Kalaulah saya dapat habiskan kursus selama tiga bulan ini, dan bergelar prebet, saya boleh juga memohon untuk memasuki kursus ke peringkat leftenan muda,” katanya bersemangat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: