HATI kecilnya hiba melihat keamanan negara yang kian tergugat akibat ideologi dan fahaman fanatik segelintir manusia yang suka melakukan kacau bilau di negara yang selama ini aman dan harmoni dengan semangat perpaduan. Tambah lagi, mereka yang diangkat sebagai wira kononnya memperjuangkan hak rakyat adalah bangsa Melayu yang beragama Islam tetapi mengetepikan adab sopan dan kesusilaan.
Saya percaya penuntut institusi pengajian tinggi turut diperalatkan apabila melihat ramai wajah anak muda yang memegang sepanduk dan melaungkan perkataan yang tidak sepatutnya. Apa yang mereka cari sebenarnya? Berjuang? Seharusnya mereka tidak terbabit dengan gejala yang tidak sihat macam itu, apatah lagi mengancam keamanan negara dan orang luar akan mudah campur tangan seperti mana kita lihat negara lain. Cubalah menjadi manusia yang tahu erti syukur, lihatlah negara lain yang asyik berperang dan selalu buat tunjuk perasaan, kesudahannya walaupun pemimpin kerajaan ditukar ganti tetapi keamanan sudah hilang
Lebih parah apabila orang Melayu terpedaya dan sanggup diperalatkan melakukan demonstrasi jalanan atau perhimpunan haram, baru-baru ini, kemudian sengaja menyalahkan pihak berkuasa demi menegakkan benang yang basah. Lebih menakutkan, apabila anasir luar cuba turut campur tangan hingga mula tercetusnya kembali ideologi berunsur komunisme.Sia-sia pengorbanan pahlawan Melayu dan anggota pasukan keselamatan sejak dulu bergadai nyawa untuk membolehkan rakyat Malaysia menghirup udara aman dan menikmati kesejahteraan di bumi watan tercinta sehingga hari ini. Walaupun negara mencapai kemerdekaan dengan cara aman, tanpa menumpahkan setitik darah, anggota keselamatan negara sudah berjuang dan banyak menumpahkan darah sejak zaman penjajahan kolonial British lagi.
Malah, Hari Pahlawan disambut pada setiap 31 Julai sejak 1960-an seharusnya dikenang rakyat Malaysia bagi menghargai pengorbanan anggota keselamatan yang terkorban. Hari Pahlawan juga dikenali sebagai `Poppy Day' menjadi tradisi untuk memperingati dan menghargai wira negara yang gugur demi kesejahteraan generasi sekarang.
Sempena Hari Pahlawan, B*POP menampilkan pelakon drama bersiri komando, Beret Hijau yang bersiaran tidak lama lagi, Azie Yahaya dengan lengkap pakaian seragam Angkatan Tentera Darat.
Beret Hijau, idea asal Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diterbitkan oleh Global Network Entertainment Sdn Bhd, syarikat produksi milik pelakon dan usahawan, Zaharudin Wahab atau lebih dikenali Den Wahab. Menerusi arahan Along Kamarudin, drama bersiri 13 episod itu mendapat kerjasama Kementerian Pertahanan.
Tanpa berselindung, Azie yang pernah muncul menerusi drama Awan Dania, Kapten Kit dan Si Capik mengakui: “Saya bimbang negara jadi kacau bilau sekiranya generasi muda sudah didedahkan dengan elemen keganasan, tunjuk perasaan yang tak bertempat dan buat perhimpunan haram seperti anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai lalu. Saya melihat ramai wajah adalah orang Melayu di kaca TV.
“Saya percaya penuntut institusi pengajian tinggi turut diperalatkan apabila melihat ramai wajah anak muda yang memegang sepanduk dan melaungkan perkataan yang tidak sepatutnya. Apa yang mereka cari sebenarnya? Berjuang? Seharusnya mereka tidak terbabit dengan gejala yang tidak sihat macam itu, apatah lagi mengancam keamanan negara dan orang luar akan mudah campur tangan seperti mana kita lihat negara lain. Cubalah menjadi manusia yang tahu erti syukur, lihatlah negara lain yang asyik berperang dan selalu buat tunjuk perasaan, kesudahannya walaupun pemimpin kerajaan ditukar ganti tetapi keamanan sudah hilang.
“Seperti perhimpunan haram BERSIH tempoh hari, ramai yang takut nak keluar rumah, kesesakan lalu lintas jadi teruk, selain perhimpunan haram berkenaan menyebabkan peniaga kerugian berjuta-juta ringgit. Ini bukan hanya kerugian untuk seseorang individu, malah pada negara. Nama negara juga tercemar. Ada yang ditangkap dan disumbatkan dalam penjara. Siapa rugi, siapa yang mendapat susah? Saya dengar ada juga kanak-kanak yang turut ditahan. Kasihan anak-anak kecil yang tidak berdosa diperalatkan oleh ibu bapa yang tak bertanggungjawab.
“Segala-galanya sudah terjawab, perhimpunan yang kononnya menyuarakan kepincangan dalam proses pilihan raya sekadar alasan nak merusuh dan melakukan kekacauan. Mereka yang terbabit tidak memperoleh apa-apa, sebaliknya hanya menjadi alat kepada parti pembangkang. Malulah. Siapa yang mendapat susah kalau bukan orang Melayu!”
Anak kelahiran Kuala Terengganu itu diperkenalkan dalam dunia lakonan menerusi filem Uncle Hussin, tetapi filem terbitan KRU Studios Sdn Bhd itu belum ditayangkan lagi.
Bekas pramugari MAS dan AirAsia itu masih aktif sebagai peragawati, selain berjinak-jinak dalam dunia lakonan. Wajah jelita yang seiras dengan pelakon Julia Ziegler kini menjadi pilihan penerbit dan pengarah drama apabila tidak putus-putus menerima tawaran berlakon.
Mengulas drama bersiri Beret Hijau, Azie yang memegang watak Sarjan Aishah berkata, inilah drama paling menguji ketahanan mental dan fizikal, selain berkampung hampir sebulan dalam kem.
“Saya suka pada cabaran dan menerima cabaran watak Sarjan Aishah dengan hati terbuka. Bagi saya berkawad dan meredah latihan perkara biasa, tetapi apabila didenda mengangkat `kayu log’ seorang diri membuatkan saya hamper rebah. Bagaimanapun, saya kuatkan diri menghadapinya.
“Menjalani latihan ala komando cukup mencabar, tetapi saya bersyukur, mungkin saya tidak akan melaluinya jika saya tidak bergelar pelakon. Pengalaman yang dikutip dalam drama Beret Hijau terlalu berharga. Walaupun ada masanya saya tertekan, tetapi semuanya dapat diharungi dengan bantuan penerbit, pengarah dan team produksi. Saya tidak sabar mahu melihat drama ini disiarkan,” katanya.
Selain Azie, drama Bereka Hijau turut dibintangi Iqbal Mazlan, Lan Mazlan, Chomell Fana, Hasnul Rahmat, Aman Graseka, Kuswadinata, Hairi Anak Wayang, Ainina Ahmad B, Adam Corrie, Azlan Komeng dan Kapten Norhaidawati Jaafar.
Drama bersiri 13 episod yang bakal disiarkan TV1 itu menggunakan pelbagai senjata seperti M16, raifel automatik, trak tentera, helikopter, pesawat tentera, bot tempur, pelancar roket dari kenderaan, pisau komando, bom asap dan ambulans perisai serta khidmat 200 komando dari Angkatan Tentera Malaysia.
INFO: Azie
Nama Sebenar: Norazilah Yahaya
Nama Komersial: Azie Yahaya
Asal: Kuala Terengganu
Umur: 29 Tahun
Tarikh Lahir: 17 Julai 1982
Keluarga: Anak sulung daripada lima beradik
Filem: Uncle Hussin
Drama: Kapten Kit, Dilema Wanita, Jangan Pandang Belakang The Series, Awan Dania 3, Selingkar Kasih, Madu 1,2,3 Dan ..., Khurafat The Series, 3 Minah, Bagi Balik Jandaku, Si Capik, Beret Hijau & Hostel
Iklan: Sendayu Tinggi, McDonalds, Kamdar dan Marigold.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: