Sunday, July 31, 2011

Dianna Agron nikmati detik hidup


Dianna Agron


LOS ANGELES 30 Julai - Aktres Dianna Agron yang kini sedang bercinta dengan bintang Gossip Girl, Sebastian Stan, berbahagia dengan kehidupannya sekarang.

Pelakon siri televisyen Glee itu yang sebelum ini pernah bercinta dengan bintang pujaan Britain, Alex Pettyfer berkata, dia menyukai setiap waktu dalam kehidupannya tetapi menganggap kini adalah yang terbaik baginya.

"Saya rasakan inilah waktu yang sangat membahagiakan diri saya berbanding di sekolah dulu kerana kini saya dilayan seperti apa yang saya mahukan," katanya.

Agron mengakui dia kerap memikirkan tentang hala tuju hidupnya untuk membuat keputusan yang berbeza.

"Jika enam tahun lalu, apa yang boleh saya lakukan jika berada dalam situasi sebegini? Saya hanya akan bayangkan situasi sama cuma mengubahnya ke arah yang berlainan," katanya ketika ditemu bual majalah Flaunt.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: