Sunday, July 24, 2011

’Poyo’ ke Hazama?




Bukan main lagi Hazama sekarang ya. Sejak dah popular ni, lupa dirilah, berlagak lah, macam-macam cerita keluar.Macam mana tu?

Saya tak tahu mana datang cerita begini. Yang pastinya saya bukan orang begitu.

Macam lagu Pokok, kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang Hazama, ha...cuba jawab?

Biasalah benda-benda macam ni, saya dah agak dah akan terkena juga satu hari nanti sebab saya orang baharu.

Cuba cerita, apa sebenarnya yang terjadi? Dengarnya sebab Hazama dah bermulut lancang masa terlibat dalam sebuah program baru-baru ni?

Saya mengaku ada perkara berlaku pada hari kejadian. Tapi ia lebih kepada persoalan dan bukan sebab saya ni cuba berlagak atau ‘poyo’. Masa tu saya dan lima pelajar AF9 (team A) menjalani penggambaran video untuk program itu dan kami diminta datang awal pagi kerana pihak produksi sudah menyusun jadual sehingga pukul 3 petang. Tapi yang tak menariknya, tiba-tiba sahaja team B yang datang lewat boleh ‘mencuri’ sesi kami sehingga membuatkan kami terpaksa menunggu lebih lama.

Ala..tak kan sebab itu saja kot. Bukan pelik pun kalau artis menunggu sebab memang dah kerjanya begitu, bukan?

Ya, saya faham. Malah saya tak pernah mempersoalkannya. Cuma, saya tak puas hati kenapa mereka yang datang lambat tiba-tiba boleh ambil masa kami sedangkan kami sudah menunggu sejak dari pagi? Pada saya hormatlah sikit, jangan kerana saya dan mereka yang lain artis baru maka orang boleh buat kami begini. Bukan kami minta dilayan seperti anak raja atau artis bertaraf Hollywood, tapi kami pun kerja guna masa. Masa itu emas.

Wah..marah betul Hazama ya.

Saya ni orangnya boleh dirunding. Tengok tagline saya, Kaw Tim. Tapi masa tu, pihak produksi langsung tak datang beritahu apa-apa dan meneruskan sesi penggambaran dengan team B. Sudahnya, kami yang datang awal ni balik rumah pukul 6 petang. Walhal, kalau ikutkan kerja boleh dihabiskan lebih awal dan kemudian kami boleh buat urusan masing-masing. Saya cuma persoalkan sahaja dan bukan nak mencari gaduh dengan mana-mana pihak. Saya tak kisah menunggu lama kalau saya seorang. Tapi ini melibatkan satu team. Ikut turutan lah.

Habis, bila dah jadi macam ni, tengoklah tak pasal-pasal Hazama dicop poyo. Apa pandangan Hazama?

Bagi saya terpulanglah apa orang nak kata. Mungkin mereka yang mengata tu belum benar-benar mengenali saya. Bagi saya, apa yang salah tetap salah. Saya tak mahu orang ingat asal kami artis baru, maka kami dilayan ala kadar. Kami pun bekerja. Bukan menganggur.

Tapi perbuatan macam tu, biasanya orang akan ingat sampai bila-bila. Sejauh mana Hazama nak hadapi semua itu?

Saya tak poyo, berlagak atau sebagainya. Saya tak mahu orang kenal saya dengan label begini kerana saya masih seperti Hazama yang dulu. Ya, saya ada rasa menyesal sebab lantang sangat kot. Yelah, orang baru kan..tapi bagi saya selagi ia adalah hak saya untuk bersuara untuk perkara yang tak kena, saya akan pertahankan. Lebih-lebih lagi pasal masa. Saya ni seorang yang fokus pada kerja dan masa adalah bukan sesuatu yang boleh dibuat main-main.

Lepas insiden ni, adakah Hazama masih lagi nak simpan dalam hati rasa marah tu?

Saya tak marah pun. Saya sedar apa yang saya buat ni mungkin dah menyebabkan sesetengah pihak tersinggung. Jadi saya nak mohon maaf. Saya tak akan simpan dalam hati kalau ada yang beri teguran mengenai hal ini. Lebih baik benda ni diungkit sekarang daripada di kemudian hari. Sekurang-kurangnya, saya boleh memperbaiki kelemahan saya. Saya ambil insiden ini sebagai satu pengajaran.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: