Saturday, July 30, 2011

Chris Evans pulih kanser




LOS ANGELES - Bintang filem Captain Amerika: The First Avenger, Chris Evans (gambar) semakin pulih selepas selamat menjalani pembedahan kanser usus.

Ujian colonoscopy yang menggunakan kamera disambungkan dengan tiub, menunjukkan ketumbuhan kanser peringkat awal di bahagian kiri perutnya yang tidak dirawat dan ia mungkin boleh menjadi penyakit kanser yang telah membunuh bapa pelakon terkenal itu.

Chris menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut dan mengingatkan sesiapa yang mempunyai simptom-simptom amaran seperti yang dialaminya supaya melakukan pemeriksaan.

“Beberapa masalah kecil yang boleh menjadi serius pada masa akan datang telah ditemui dan dirawat dengan segera, tetapi selain daripada itu saya bimbang anda akan mengalami kesulitan bersama saya sekurang-kurangnya beberapa tahun lagi.

“Saya minta jika ada sesiapa mempunyai sakit atau masalah kesihatan, pastikan anda mendapatkan rawatan secepat mungkin,” katanya.

Menurut Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain (NHS), kanser usus merupakan penyakit biasa ketiga terbanyak yang dihadapi di England dan sekurang-kurangnya 38,000 kes baru dilaporkan pada setiap tahun.

Dalam pada itu, pelakon berusia 30 tahun itu mengingatkan, walaupun penyakit tersebut boleh dirawat dengan peluang 100 peratus namun ia tidak boleh diberi peluang untuk merebak dengan lebih teruk.

Chris juga bersyukur kepada ‘malaikat’ kerana menjaganya sepanjang menjalani pembedahan.

“Setiap orang (doktor dan jururawat) di sini perlu dibayar sejuta pound seminit.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: