Saturday, July 30, 2011

Leighton Meester saman ibu


LEIGHTON MEESTER


LOS ANGELES – Bintang siri televisyen Gossip Girl, Leighton Meester menyaman ibunya dengan mendakwa wang yang dikirimkan kepada adik lelakinya telah digunakan oleh ibunya untuk pembedahan plastik, suntikan Botox dan memanjangkan rambut.

Menurut saman yang difailkan, ibu Leighton enggan bekerja, namun pelakon terkenal itu berasa kasihan dengan adik lelakinya, Lex yang mempunyai masalah kesihatan.

Jesteru, Leighton mengirim wang sebangak AS$7,500 (RM22,305) sebulan kepada Lex melalui ibunya.

Namun, ibunya, Constance Meester menggunakan wang tersebut untuk rawatan kosmetik dan perbelanjaan peribadi yang lain.

Malah, Constance juga cuba meyakinkan Leighton bahawa mereka mempunyai perjanjian perniagaan yang memerlukan pelakon berusia 25 tahun itu membayar AS$10,000 (RM90,000) sebulan sepanjang hidup.

Bagaimanapun, Leighton menafikan perkara itu.

Pelakon itu juga mendakwa ibunya mengugut untuk memfailkan saman berjumlah AS$3 juta (RM9 juta) terhadapnya, melainkan beliau mula membuat pembayaran mengikut perjanjian tersebut.

Namun, Leighton meminta hakim mengisytiharkan bahawa tiada perjanjian antara mereka berdua.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: