Saturday, July 30, 2011

Juruukur, lepasan politeknik pemenang utama Sembang Santai


MOHD. ZAIN (lima dari kiri) bergambar dengan Shamsul Mustaffa (empat dari kanan), Wan Nur Balqis (empat dari kiri) serta para pemenang peraduan Sembang Santai bersama Alam Flora dan Kosmo! di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Penyertaan kali pertama membawa tuah kepada seorang juruukur pembinaan dan seorang lepasan politeknik apabila masing-masing muncul sebagai pemenang utama bagi pusingan pertama dan kedua peraduan Sembang Santai anjuran bersama syarikat pengurusan sisa pepejal, Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) dan akhbar Kosmo!.

Daripada 5,102 penyertaan yang diterima juruukur, Shamsul Mustaffa Mohd. Kamal, 43, dari Bandar Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang dan lepasan politeknik, Wan Nur Balqis Wan Zulkifli, 21, dari Taman Keramat, Kuala Lumpur dipilih sebagai pemenang berdasarkan jawapan tepat yang diberikan selain mencipta slogan dan dialog kreatif.

Sementara Zakariah Sakimen, 34, guru dari Ampang, Selangor dan Nur Amalina Mohd. Amin, 25, pelajar Universiti Sains Islam Malaysia dari Seremban memenangi tempat kedua bagi kedua-dua pusingan.

Tempat ketiga pula menjadi milik Zulkifele Soh, 41, dan Shaharuddin Mat Noor, 42.

Pemenang tempat pertama merangkul hadiah wang tunai RM5,000 manakala pemenang kedua (RM1,500) dan ketiga (RM1,000).

Seramai 30 pemenang hadiah saguhati bagi kedua-dua pusingan turut menerima wang tunai berjumlah RM500 setiap seorang.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd. Zain Hassan di Holiday Inn, Glenmarie di sini semalam.

Turut hadir ialah Pengarang Berita Kosmo!, Wan Hasnan Wan Hasan dan Pengurus Operasi dan Pengurusan Sumber, Alam Flora, Raja Amir Hamzah Raja Hassan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: