Saturday, July 30, 2011

Ringkas tetapi berprestij


beg tangan dan kasut Michael Kors untuk musim luruh 2011 tampil dengan pelbagai warna dan reka bentuk.


TAMPIL gaya mewah dan anggun, koleksi Michael Kors kali ini lambang 30 tahun kemewahan Amerika.

Rekaan barunya ternyata lebih ringkas dengan warna lembut, warna tanah dan warna-warna gelap.

Michael Kors merupakan individu bertanggungjawab menghasilkan rekaannya sendiri. Menampilkan rekaan mewah dan eksklusif untuk musim luruh tahun ini, Michael Kors menggunakan fabrik polos berkualiti tinggi dalam menterjemahkan setiap rekaannya.

Direalisasikan menerusi himpunan terbarunya, semua rekaan Michael Kors dicipta untuk tata gaya kehidupan moden dan berani. Ia sudah pasti sesuai digayakan ke mana-mana jua tanpa mengira sama ada majlis rasmi atau tidak rasmi.

Setiap rekaan Michael Kors kaya dengan budaya dan seni. Ini sekali gus mencerminkan falsafah Michael Kors dalam menghasilkan koleksi mewah dan berkualiti tinggi dengan gaya Eropah.

Kebanyakan rekaan mempamerkan warna tanah seperti coklat, kelabu, putih dan krim.

Reka bentuk glamor mengikuti trend memperlihatkan baju, seluar serta blaus wanita juga banyak bermain dengan warna putih dan hitam.

Sudah pasti rekaan Michael Kors menampilkan warna rekaan yang segar, natural dan lembut khusus untuk mereka yang mementingkan gaya canggih.

Selain baju, seluar dan gaun, Michael Kors tampil dengan pelbagai aksesori wanita seperti kasut, beg tangan dan perhiasan diri.

Semua himpunan aksesori itu dihasilkan ringkas, mencerminkan gaya hidup kasual.

Himpunan beg tangan dan kasut nampak indah dengan pelbagai rekaan dan warna.

Kesimpulannya, kesemua rekaan musim luruh 2011 Michael Kors adalah ringkas tetapi masih menampilkan gaya berprestij.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: