Saturday, July 30, 2011

Bekas PM Vietnam Selatan meninggal


ORANG RAMAI memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Ky di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Hampir 40 orang termasuk ahli keluarga hadir memberi penghormatan terakhir kepada bekas Perdana Menteri Vietnam Selatan, Nguyen Cao Ky semalam.

Pemimpin yang mentadbir Vietnam Selatan ketika Perang Vietnam itu meninggal pada minggu lalu semasa berusia 80 tahun akibat komplikasi pernafasan.

Mayatnya dibakar di sebuah pusat pengebumian Buddha di Shah Alam manakala abunya dijangka dibawa pulang ke Amerika Syarikat (AS) oleh anak-anaknya.

Beliau dipercayai meninggal dunia di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Antara yang hadir dalam majlis itu ialah isterinya, Le Kim Nicole.

Mayat Ky ditempatkan di dalam sebuah keranda kaca dengan dihiasi bendera lama Vietnam Selatan, Malaysia dan AS manakala tubuhnya dipakaikan sut berwarna putih bersama tali leher bow berwarna hitam.

Menurut seorang anak perempuannya, Nguyen Cao Ky Duyen, permintaan terakhir bapanya yang meninggal dunia pada 23 Julai lalu ialah membantu pelajar miskin menguasai bahasa Inggeris.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: