Saturday, July 30, 2011

Katie Price bercadang mahu tukar warna kereta


KATIE PRICE bersama kereta Bugatti Veyron miliknya yang berwarna merah.


LONDON - Bekas model dan personaliti televisyen Britain, Katie Price, bercadang untuk menukar warna kereta baharunya, Bugatti Veyron yang bernilai £1 juta (RM4.8 juta) kepada warna merah jambu, lapor sebuah akhbar semalam.

Warna asal kereta itu yang hanya mempunyai 300 buah sahaja di seluruh dunia ialah merah.

Katie, 33, mahu memastikan kereta yang mempunyai kelajuan 402.34 kilometer (km) sejam itu diwarnakan dengan merah jambu seperti keretanya yang lain iaitu Range Rover, VW Beetle, kereta kuda dan skuter 125cc.

Ibu tiga cahaya mata itu, menghantar kereta Bugatti ke kedai tempahan khas kenderaan untuk diubah suai warnanya.

Sambil berkunjung ke West Yorkshire, dia melawat kedai tempahan khas kenderaan milik pereka kenderaan, Afzal Khan iaitu Project Khan di Bradford untuk menyerahkan kunci Buggati tersebut baru-baru ini bagi menukarkan warna kenderaan mewah itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: