Pihak Astro menerusi program realiti nyanyian populat, Akademi Fantasia Musim ke-9 dengan kerjasama daripada syarikat telekomunikasi Maxis, Celcom dan DiGi tampil menghulurkan sumbangan kepada mangsa kejaian tanah runtuh yang berlaku di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat pada 21 Mei yang lalu. Menyerahkan cek sumbangan bernilai RM177 222 sebagai tanda simpati dan prihatin kepada mangsa terbabit, ia merupakan jumlah keseluruhan yang terkumpul untuk kutipan SMS mingguan di minggu ketujuh program realiti nyanyian ini bersiaran. Menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anuar Salleh, mereka amat prihatin dan terpanggil untuk menyalurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh terbabit. "Kami berharap mangsa yang terlibat akan terus tabah mengharungi dugaan ini dan semoga dengan sumbangan ini dapat membakar semangat mereka untuk meneruskan kehidupan kelak."jelasnya. |
Friday, July 29, 2011
AF9 hulur sumbangan buat Madrasah AL-Taqwa, Hulu Langat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: