Friday, July 29, 2011

TV3 dan TV9 Raikan Kedatangan Ramadhan

Menggunakan tagline Sesecu Fitrah dan Ramadhan di Hatiku, stesen tv popular TV3 dan TV9 tidak ketinggalan menyediakan program-program ilmiah dan keinsafan untuk dikongsi bersama menerusi program majalah, dokumentari serta drama.

Menurut Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Encik Ahmad Izham Omar, program ini adalah bersesuaian dengan kedatangan bulan yang mulia, dan untuk menyucikan hati setiap yang menontonnya.

"Sesuci Fitrah dipilih sebagai tema kali ini bersesuaian dengan bulan yang mulia untuk mensucikan hati dan meningkatkan peribadi supaya kita sebagai umat Allah SWT sentiasa memusahabah diri serta bersyukur dengan apa yang diberikan olehNya.

"Begitu juga dengan Ramadhan Di Hatiku yang dipilih mengikut tagline tv9 yang mana kebanyakkan program yang disusun banyak menyelitkan unsur-unsur keikhlasan serta kejujuran di dalam hati.

"Kedua-dua tema ini juga bersesuaian dengan susunan program yang dipilih seperti Jejak Rasul 17: Legasi Muhammad S.A.W di Eropah Timur, Singgah Sahur, Dari Masjid ke Masjid Tanah Tenggara, Karamullah di TV3 dan Tanyalah Ustaz Ramadan, Inilah Kisahku, Sirah Ameera serta drama Lailatuiqadar di Tv9, yang dapat kita jadikan iktibar sepanjang Ramadhan yang mulia ini,"jelasnya.

Antara Program-program Ramadhan TV3 dan TV9

Sesuci Fitrah

Jejak Rasul - Setiap Hari, jam 6.30 Petang

Singgah Sahur- Setiap Jumaat dan Sabtu, jam 12.30 Malam

Dari Masjid Ke Masjid Tanah Tenggara- Setiap Rabu, jam 6 Petang

Periuk Hangus- Setiap Rabu, Jam 10 Pagi

Biskut Apa- Setiap Sabtu, Jam 5.30 Petang

Bazaar Ramadhan @TV3- Setiap Sabtu, Jam 7.30 Malam.

5 Rencah 5 Rasa- Setiap Ahad, Jam 5.30 Malam.

Kalamullah- Setiap hari, Jam 5.30 Pagi dan 8.55 Pagi

Iktibar- Setiap Rabu, Jam 11.30 Malam

Kias Ramadhan-Setiap Rabu, Jam 11 Malam

Sirah Nabi- Setiap Isnin hingga Jumaat, Jam 9 Malam

Diari Sahabat-Stiap Isnin hingga Jumaat, Jam 9.30 Malam

Serambi Anak Soleh- Setiap Selasa, Jam 6 Petang

Samarinda 'Ramadhan Terakhir'-Setiap Selasa hingga Khamis, Jam 10.30 Malam.

Ramadhan Di Hatiku

Solat Isya' & Terawih dari Masjidil Haram, mekah- Setiap hari, Jam 1 hingga 3 Pagi

Tanyalah Ustaz Ramadan- Setiap hari, Jam 7 pagi

Mencari Resipi Temurun-Setiap Isnin dan Selasa, Jam 6.30 Petang

Ini Kisah ku- Setiap Rabu dan Khamis, jam 6.30 Petang

Jom Berbuka- Setiap Sabtu dan Ahad, Jam 7 Malam

Sirah Ameerah- Setiap Sabtu dan Ahad, Jam 7.30 Malam

Drama Jiman- Rabu, 8.30 Malam, 3 Ogos

Drama Sekilas Qalbu- Rabu, 8.30 Malam, 10 ogos

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: