JAKARTA: Pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani mengaku rindu terhadap dunia hiburan yang dahulu menjadi sumber rezeki utamanya.
Sejak mendirikan rumah tangga pada awal April 2010 dengan ahli perniagaan Ardie Bakrie, Nia telah meninggalkan dunia lakonan dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga.
"Saya rindu sangat untuk kembali berlakon. Sebenarnya suami saya sudah mengizinkan cuma waktu bersama keluarga pasti akan terjejas kerana waktu yang tidak menentu.
"Masakan saya akan balik lewat malam dan membiarkan keluarga begitu sahaja kerana sekarang saya sudah punya suami," tuturnya seperti dipetik Kompas.com.
Dalam pada itu, Nia turut menyedari setelah berstatus isteri Ardie, hidupnya berubah dan memilih kehidupan keluarga berbanding kerjaya.
"Dulu kalau penggambaran sudah tentu akan balik pagi, jika mahu berjumpa dia (Ardie) akan datang ke lokasi. Jumpa pun kadang-kadang kerana kekangan waktu.
"Sekarang sudah berkahwin hidup saya berubah seratus peratus dan hanya beri perhatian terhadap keluarga sahaja," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: