PERTANDINGAN Clinique Star Tour musim kedua kembali lagi pada tahun ini. Cabaran yang dianjurkan oleh rangkaian produk penjagaan kulit itu bertujuan membawa wanita mengembara ke dunia kecantikan dan fesyen dalam suasana yang menyeronokkan.
Dengan kerjasama majalah Cleo, Clinique Star Tour 2 bakal menemui peserta di beberapa lokasi utama dengan membawa trak Mobile Makeover Studio yang direka khas bagaikan sebuah rumah supermodel popular.
Selain dilengkapi set perabot konsep urban, trak tersebut turut menempatkan lapan stesen solekan, meja dandanan rambut dan studio mini.
Ruang dan konsep dekorasi trak yang menarik itu adalah untuk memberi keselesaan kepada peserta sepanjang siri jelajah Clinique Star Tour 2 yang berlangsung pada 2 Julai hingga 2 Ogos 2011.
Sebaik saja menaiki trak berwarna putih tersebut, para peserta akan menjalani sesi taklimat ringkas mengenai kulit wajah, teknik solekan dan dandanan rambut yang dikendalikan kumpulan jurusolek profesional.
Pada masa yang sama, peserta turut diajar panduan aplikasi produk daripada pakar The Clinique Star Tour yang akan menyediakan rawatan terbaik.
Ini termasuklah sesi fotografi di mini studio oleh jurugambar, bagi memberikan peserta merasai pengalaman sebenar bak supermodel dan selebriti.
Menurut Pengurus Besar Jenama Clinique, Sharyn Wong, Clinique Star Tour 2 adalah usaha strategik Clinique untuk mencari dan menemui wanita muda menerusi sebuah program yang menyeronokkan.
|
|
Apatah lagi, intipati cabaran berkenaan adalah untuk memberi pendedahan mengenai ilmu kecantikan peribadi.
“Berdasarkan sambutan dan sokongan yang menggalakkan, tahun ini kami bercadang untuk menganjurkan program yang serupa kerana menerima permintaan yang tinggi daripada orang ramai.
“Kami difahamkan, rata-rata gadis ingin menikmati layanan seterusnya memahami rutin kehidupan model profesional yang bukan saja beraksi di depan lensa kamera malah dirias cantik dan menawan,” jelas Sharyn.
Tambah Sharyn, program Clinique Star Tour 2 akan menjelajah di sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Pulau Pinang. Ia melibatkan 17 kolej dan universiti serta lima pusat beli-belah utama.
Pada penghujung siri jelajah, pemenang berpeluang menjadi gadis majalah Cleo dan memenangi hadiah bernilai lebih daripada RM5,000.
Adakah anda layak bergelar pemenang bertuah The Clinique Star Tour 2? Jangan lupa untuk mengunjungi trak Mobile Makeover Studio.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: