|
Sekarang Dafi masih mementaskan broadway Dreamgirls di Istana Budaya. Kemunculanya sebagai C.C White mendapat pujian ramai. Walaupun bukan pujian melambung, komentar padal peningkatannya membuatkan anak muda comel itu berbangga dengan diri sendiri. ![]() Terima jadi duta sebab sukakan masakan "Bila hari ini saya dikatakan sudah meningkat, saya akan berusaha untuk meningkatkan diri saya lagi selepas ini," kata hero teater Muzikal Kenangan Mengusik Jiwa 60-an itu. Sempena bufet berbuka puasa di Restoran Istana Bambu, Kuala Lumpur sepanjang Ramadan ini, Dafi dilantik oleh pihak pengurusan restoran itu sebagai dutanya. Sebagai duta, dafi sendiri akan berbuka puasa di sana selama lapan kali dalam tempoh itu. Komitmennya juga untuk memperkatakan pasal bufet berbuka puasa tersebut kepada peminat melalui aktiviti seninya. Dafi sendiri sedia menjadi duta kerana dia sendiri pernah menjamu selera di sana dan menyukai masakannya. "Saya terima tawaran ini kerana saya sendiri pernah makan di sini dan tahu mutu masakannya yang sedap," katanya pasal makanan yang bakal dihidangkan sepanjang Ramadan nanti. Dafi juga dipilih kerana pemilik restoran itu yang juga terlibat dalam pementasan Kenangan Mengusik Jiwa melihat komitmen tinggi yang diberikannya sepanjang pementasan berjalan. ![]() Komitmen Dafi diperhatikan. Tak merayau kerana sibuk ![]() Tangguh album untuk buat yang terbaik. Malah semasa KMJ belum bermula dia sudah memulakan latihan untuk Dreamgirls. Dreamgirls akan berakhir pementasannya 24 Julai ini. Bagi yang belum sempat menonton masih ada masa mendapatkan tiketnya. "Baik juga saya sibuk macam ini sebab kalau tak ada apa yang nak dibuat, takut nanti akan diisi dengan aktiviti sia-sia, lepak atau merayau-rayau misalnya. "Bila jadual kita sudah penuh, kita akan sentiasa ingatkan pasal kerja setiap masa. Itulah perkara positif yang saya lihat setelah membabitkan diri dalam produksi teater ini. ![]() Dafi banyak kerja sehingga tak sempat lepak. "Saya yang masih tinggal dengan keluarga dan masih muda ini, soal bayaran bukanlah satu beban besar. Saya hanya menyara diri saya sendiri. Lagipun inilah masa untuk saya perbanyakkan portfolio saya. Bila sudah banyak portfolio saya nanti, itulah masa yang saya boleh demand sikit," katanya bergurau. Tangguh album tahun depan Dafi yang kini memiliki LOL Entertainment merancang memasarkan album baru tahun ini. Namun perancangan itu terpaksa ditangguhkan dulu kerana banyak perkara yang dilakukannya sekarang. "Saya ada perancangan besar untuk album ini. Saya juga tak perlu tergesa-gesa. Jadi saya ada banyak masa untuk menghasilkan album yang lebih baik serta memastikan perancangan besar ini berjalan dengan lancar. "Saya ada perancangan besar... tapi saya tak boleh umumkan lagi perkara itu. Sebab itulah saya tak kisah album baru saya tertangguh sikit," katanya. Dafi juga ada hasrat merakam lagu Bila Cinta Tiada yang dinyanyikan dalam KMJ. Apatah lagi semakin ramai peminat yang memina dia merakam lagu tersebut di dalam album terbarunya nanti. |
Friday, July 22, 2011
Sibuk elak Dafi merayau-rayau
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sejak berdikari dan bergerak sendiri merintis kerjaya seni, rezeki Gadaffi Ismail Sabri atau 



No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: