|
|
MENJENGAH kali pertama ke kafe moden yang terletak di aras bawah, Hotel Palm Garden, Putrajaya, boleh membuatkan sesiapa pun dilanda cinta pandang pertama.
Suasananya yang santai dengan sentuhan eksklusif membuatkan pengunjung berasa tenang dan selesa.
Biarpun ia menjadi tumpuan ramai, Palm Cafe tidak kelihatan kerana konsep tata hias yang lapang dan ruangnya sederhana luas .
Cita rasa sajiannya pula tersendiri, enak, mewah dan kreatif.
Ia boleh dilihat pada setiap hidangan koktail melatari bahagian hadapan kaunter kafe ini.
Terkini kafe tersebut sedang menawarkan sajian cita rasa Indochina yang sememangnya menjadi kegemaran warga kota sepanjang musi.
Penuh dengan rempah-ratus serta ramuannya yang tersendiri, promosi masakan Indochina menemui pengunjung untuk makan malam secara bufet.
Sempena promosi tersebut, pelbagai menu yang menarik meliputi masakan tradisional dari Laos, Kemboja, China dan Vietnam.
Apa yang pasti, masakan Thailand adalah pedas dan banyak menggunakan serai serta limau.
Penggunaan perasa tambahan lain seperti sos ikan, gula merah, kelapa, cili itu sememangnya memberi rasa yang berbeza dengan masakan biasa di rumah.
Bermula daripada salad hingga ke sup, makanan panas dan menu pencuci mulut, pasti ada saja yang ingin dirasa.
Menggunakan bahan-bahan berkualiti, kebanyakan menu itu adalah mengikut kegemaran warga kota masa kini.
Ini termasuklah menu Som Tam (salad betik hijau), Yam Nuen (salad daging pedas), Tom Yam Goong (tom yam makanan laut) dan banyak lagi.
Selain itu anda juga boleh merasai resipi lain seperti sup isi ketam dan asparagus ala- Soup Vietnam dan sup nanas Vietnam seta Pho Bo atau mi daging Vietnam yang menjadi kegemaran warga kota.
Pho Bo ialah daging segar yang dibakar dan dicampur dengan pelbagai bahan bagi menambahkan keenakan rasanya. Dagingnya yang lembut membuka selera terutama kepada penggemar masakan daging.
Tidak lengkap rasanya, jika tidak dihidangkan dengan pelbagai aneka minuman sedap dan pencuci mulut.
Antaranya Suong Sa Hat Luu, Banh Khoai Mi (kek ubi ala Vietnam) dan Banh Chuoi Wuong (kek pisang kelapa)) dan sebagainya.
Anda boleh menikmati hidangan tersebut dengan harga RM 58++ seorang dan promosi dijangka berakhir pada 31 Julai ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: