Friday, July 22, 2011

Nasha Aziz mengakui sukar jaga kanak-kanak

Lama menyepi daripada pentas lakonan, bukan bermakna wanita popular dan berbakat besar ini tidak mahu lagi berkecimpung dalam dunia drama mahupun filem. Mengakui masih belum mahu melabuhkan tirai lakonan, dia sebenar terlalu sibuk dengan dunia peragaan.

Menerima tiga buah tawaran lakonan drama pada tahun ini membuka hati Nasha untuk kembali beraksi di layar televisyen, lantas dia memilih untuk melakukan casting untuk siri drama aksi berjudul Supermak.

Melihat pada watak yang jelas kelihatan berbeza daripada apa yang pernah dilakonkan selama ini, jelas Nasha dia sememangnya memilih watak yang sesuai untuk dirinya sebelum menerima sebarang tawaran.

"Ada sesuatu dalam tahun 2011, tiga buah drama datang kepada saya dan saya dapat rasakan tahun ini masa untuk saya menerima tawaran drama.

"Saya datang ke sesi uji bakat Supermak, dan dapat rasakan drama ini sangat berlainan dan saya masih belum bawa watak sebegini sebelum ini. Saya suka melakukan sesuatu yang saya suka, seperti dalam drama ini.

"Apa sahaja yang saya buat, saya kena cinta terlebih dahulu, jadi bila lihat skrip, kreativiti, produksi dan watak semua saya suka, dan saya terima,"jelas Nasha.

Bercerita tentang drama ini, menurut Nasha dia akan menjadi seorang ibu yang bukan sahaja akan menjaga dua orang anak di rumah tetapi juga membantu menyelesaikan beberapa masalah sosial yang berlaku di sekelilingnya.

Tidak tercabar dengan pelbagai aksi yang terpaksa dilakukan untuk menghidupkan watak itu, cerita Nasha dia lebih tercabar menjaga adik Haider Harris yang menjadi anak keduanya dalam drama Supermak itu.

"Semua aksi tak jadi masalah pada saya, cuma bekerjasama dengan adik Haider Harris memang sukar sebab seluruh produksi kena jaga konti dia, maklumlah kanak-kanak kita tidak tahu bila dia bersedia, menangis dan mahu ketawa, jadi kami buat macam-macam untuk hasilkan yang terbaik.

"Tak dinafikan, saya juga tidak ada pengalaman menjaga bayi, jadi ia memang sukar untuk menjaganya. pernah satu kali, babak bersama adik ini terpaksa ditangguhkan satu hari kerana mood dia yang tidak elok pada hari itu,"jelas Nasha yang bakal muncul setiap Isnin jam 9 malam di TV3.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: