
Menurut pelakon Duyung dan Dua Hati Satu Jiwa, hubungan cintanya bersama bekas pemain dram kumpulan Black Rose itu sudah pun terjalin sejak setahun lalu.
“Meskipun kadangkala dia sukar difahami dan keluarganya sendiri tidak tahu perangainya. Tapi kami banyak berkongsi minat sama seperti muzik dan laut.
“Kami saling melengkapi dan dia juga sangat pandai menjaga saya sehinggakan ada kalanya dia lebih teliti berbanding saya,” katanya yang ditemui di Majlis Pra-Tonton drama terbaru Astro Prima.
Jelas Hani, majlis perkahwinan mereka akan diadakan secara kecil-kecilan di Duchess Place, Jalan Ampang dan hanya untuk ahli keluarga terdekat sahaja.
“Segala persiapan perkahwinan, Insya-Allah sudah siap dan hanya tinggal beberapa perkara saja masih belum selesai,” katanya.
Tambah Hani, dia yakin keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada usia sekarang adalah masa yang paling tepat, malah dia menganggap kehadiran Shahrin melengkapi lagi kehidupannya.
“Saya rasa usia sekarang adalah paling tepat kerana masing-masing sudah stabil dari segi ekonomi, sudah mampu untuk berfikir dengan matang dan mempunyai kepercayaan yang tinggi antara satu sama lain.
“Lagi pula hati saya sudah pun bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan menjalani kehidupan berkeluarga,” katanya.
Sementara itu Hani berkata, dia masih meneruskan kerjaya seninya seperti biasa walaupun selepas berkahwin kerana bakal suaminya itu langsung tidak menghalang, malah menggalakkannya untuk meneruskan minatnya dalam bidang seni itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: