
:
Berbekalkan minat yang mendalam dalam bidang masakan terutamanya membuat kek, Azlin kemudian menjadikannya sebagai hobi yang akhirnya diteruskan sebagai sumber menambah pendapatan sampingan. Mendaftarkan perniagaan secara dalam talian, sebagai UFF Cake Station, Azlin terus tekun menjalankan perniagaan.
“Perniagaan ini mula sejak lebih dua tahun lalu. Saya hanya mengambil tempahan daripada rakan-rakan dan jiran. Tetapi lama-kelamaan timbul idea untuk menjadikan hobi ini sebagai pendapatan sampingan.
“Walaupun, kini saya mempunyai pekerjaan tetap, saya masih mengambil tempahan kerana membuat kek adalah minat saya,” katanya.
Modal tidak besar
Mengulas mengenai modal yang dibelanjakan ketika memulakan perniagaan, Azlin berkata, jumlah modal yang diperuntukkan tidak besar.
Menurutnya, hanya peralatan asas digunakan dan ia hanya dijalankan secara kecil-kecilan.
Namun, Azlin memberitahu, medium laman sesawang yang digunakan untuk memperkenalkan dan memasarkan kek buatannya tidak mengecewakan, walaupun menerima tempahan dalam kuantiti kecil kerana mempunyai komitmen lain, pulangan yang diperoleh berbaloi.
Belajar dari kesilapan sendiri
Ibu kepada empat cahaya mata ini berkata, segala resipi dan dekorasi kek dipelajari secara individu menerusi anisiatif sendiri yang diperoleh melalui pembacaan dan pengumpulan maklumat melalui enjin carian di beberapa laman sesawang, termasuk :Youtube:.
Bagaimanapun, baginya, apa yang paling penting adalah belajar daripada kesilapan sendiri. Dari situ, Azlin sentiasa memperbaiki kelemahan diri dari semasa ke semasa.
Setakat ini, Azlin menyediakan pelbagai jenis kek antaranya kek keju; kek batik; kek pandan; kek lobak merah; kek cawan; muffin; dan yang terbaru marble cheese cake.
Katanya, dalam kebanyakan jenis kek yang dibuat, minatnya lebih kepada pembuatan kek keju.
Malah, dia juga sentiasa mencipta resipi terbaru seperti menambah perasa Oreo dan sebagainya bagi memberi lebih pilihan kepada pelanggannya.
Terima tempahan majlis khas
Selain itu, Azlin turut menerima tempahan kek untuk majlis pertunangan mahupun perkahwinan. Harga ikenakan sekitar RM150 dan ia bergantung pada krim yang digunakan.
“Sempena hari ibu dan hari bapa yang lalu, baru-baru ini, ada juga tempahan yang saya terima,” katanya sambil memberitahu setiap kek yang dihasilkan adalah istimewa dan harus berpadanan dengan majlis.
Selain menawarkan resipi asli, UFF Cake Station juga menawarkan harga berpatutan sesuai dengan perkhidmatan yang diberikan.
“Untuk kek, harga bermula dari RM50. Namun ia juga bergantung pada dekorasi dan permintaan perasa tambahan yang diinginkan oleh pelanggan. Sebagai contoh, kek keju jika pelanggan ingin menambah perasa lain seperti strawberi, saya akan mengenakan caj tambahan RM15.
“Muffin pula hanya RM0.90 sen sebiji, dan kek cawan RM2.50 hingga RM3.50 sebiji juga bergantung pada dekorasi dan perasa,” katanya.
Sebulan cecah lebih RM5,000
Apabila ditanya mengenai purata keuntungan sebulan, Azlin bersyukur apabila perniagaan yang diusahakan mampu memberi keuntungan di samping dapat membantunya menampung kos perbelanjaan harian.
Dalam pada itu, Azlin turut akui bahawa sejak mula bekerja, promosi dan pemasaran kurang dilakukan kerana kesuntukan masa.
“Walaupun begitu, saya berasa sangat bersyukur kerana perniagaan sampingan ini mampu memberi keuntungan lumayan iaitiu antara RM5,000 dan RM6,000 sebulankepada kami sekeluarga,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: