Sunday, July 3, 2011

Scarlett kembali bercinta dengan Justin


Scarlett Johansson


PELAKON terkenal Scarlett Johansson dan Justin Timberlake dilaporkan kembali bercinta. Cepat sungguh mereka mengatasi kesedihan selepas hidup seorang diri dan sekarang ini, mereka sudah jadi pasangan kekasih semula.

Scarlett Johansson baru saja putus cinta dengan kekasih tuanya, Sean Penn. Hubungan yang retak itu sudah mula dapat dihidu apabila Sean Penn dilihat tidak ditemani Scarlett sewaktu menghadiri Festival Film Cannes di Perancis pada bulan lalu.

Gosip ini semakin dianggap benar apabila Justin Timberlake dilihat bersama Mila Kunis dalam filem Friends With Benefits.

Namun, hal itu nampaknya tidak benar sama sekali sebaliknya, Justin Timberlake telah memilih Scarlett Johansson sebagai pengganti Jessica Biel.

Kedua-dua mereka dilihat cukup mesra dan intim saat menghabiskan masa bersama di sebuah kelab malam yang terkemuka di New York, baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: