Sunday, July 3, 2011

Dedah misteri tatu




RAMAI yang tertarik dengan kemunculan terbaru anggota kumpulan 4minute, Hyuna yang kini tampil solo dalam bidang seni.

Selain wajahnya yang semakin jelita, Hyuna juga menarik perhatian peminat menerusi tatu yang terdapat pada bahu sebelah kirinya.

Lebih menarik, tatu tersebut tertera sepotong ayat yang berbunyi ‘Ibu adalah nadi hidupku.’

Meski sudah memiliki tatu tersebut sejak beberapa tahun lalu, namun ini merupakan kali pertama Hyuna berani mendedahkannya kepada umum.

Menurut wakil Cube Entertainment, tatu itu telah menambat hati Hyuna kerana ia membawa maksud yang sangat mendalam pada dirinya.

“Kesibukan aktiviti seni telah menyebabkan Hyuna berada jauh dengan keluarganya dalam waktu yang lama.

“Dia sering memikirkan keadaan keluarganya. Ternyata dia memang sangat sayangkan ibunya,” katanya.

Album mini Hyuna berjudul Bubble Pop! akan mula menemui peminat di pasaran bermula 5 Julai ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: