Sunday, July 3, 2011

RM5 Aizat untuk kebajikan


AIZAT


DERAP kaki Aizat bakal meninggalkan bekas di Sabah dan Sarawak. Setelah memberikan persembahan berkesan melalui konsert solonya, Urusan Aizat Amdan- Live In Damansara pada Januari lalu, misi Aizat kini menjelajah Borneo.

Tarikh 16 dan 22 Julai dipilih kerana dua tanggal ini bakal menemukan Aizat dengan para peminat di Sabah dan Sarawak. Bukan hanya sebuah konsert biasa namun azam anak muda dengan nama berdaftar Aizat Amdan ini lebih daripada itu. Dia mahu memberikan sebuah konsert dengan tema 'Celebration of Music' buat peminat jauhnya.

Ini kelainan yang dijanjikan Aizat dalam konsert ini. Bukan hanya berdendang ria, Aizat mahu mendekati jiwa dan kehendak khalayak dengan bersenjatakan muzik.

"Memang niat saya sendiri untuk bertemu peminat di Sabah dan Sarawak kerana peluang ini jarang saya peroleh. Kalau ikut niat hati, mahu membuat konsert sebegini setiap tahun.

"Ini merupakan jambatan buat peminat di sana," ujarnya ketika sesi minum petang bersama media di Restoran Castle, Jalan Imbi baru-baru ini.

Lebih membanggakan Aizat apabila konsert keduanya kali ini mendapat tajaan sepenuhnya daripada sebuah syarikat telekomunikasi.

"Alhamdulillah, saya terharu dan berasa bangga dengan penajaan tersebut. Ini sebuah kepercayaan dan hubungan baik antara kami buat sebuah konsert," ujar Aizat yang tidak akan mempersia-siakan kepercayaan yang diberi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: