![]() |
| HYUNYOUNG |
BERAT badan ahli kumpulan Rainbow, Hyunyoung menyusut sebanyak 8 kilogram (kg) gara-gara kesibukan sepanjang mempromosikan dua buah lagu barunya.
Hyunyoung memberitahu bahawa dia berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 4kg ketika mempromosikan lagu berjudul To Me.
Ketika melancarkan lagu berjudul Sweet Dream tidak lama dahulu, Hyunyoung juga hilang berat badannya sebanyak 4kg.
Untuk promosi lagu terkini berjudul Mach, Hyunyoung berjaya berada pada berat badan ideal dengan pengurangan sebanyak 8kg itu.
Menurut Hyunyoung, dia mengamalkan diet yang tersusun serta bersenam menggunakan tali skip dan hula hoop untuk menjadi langsing.
"Ia lebih menggembirakan kerana saya kelihatan lebih cantik di skrin dan berasa sangat ringan.
"Berat itu tercapai hasil kerja keras yang saya lakukan. Jadi saya tidak mahu berat badan bertambah lagi dan kekal begini," kata Hyunyoung.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: