|
|
LOS ANGELES 9 Julai - Pelakon seksi, Megan Fox mendedahkan, dia mengekalkan bentuk badannya dengan mengambil makanan mentah.
Bekas pelakon filem Transformers dan model Armani itu juga menafikan dakwaan menyatakan dia tidak sihat berikutan kebimbangan orang ramai mengenai bentuk badannya yang kelihatan terlalu kurus.
Fox berkata, dia tidak pernah mengamalkan sebarang diet.
"Saya makan lima kali sehari. Saya ambil makanan sihat seperti sayur-sayuran dan makanan mentah,'' katanya.
Jelasnya, dia juga mengelak daripada mengambil makanan berasaskan susu.
"Saya sukar untuk makan terutama ketika menjalani penggambaran filem kerana perlu ke pelbagai tempat tetapi saya akan cuba melakukannya,'' ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: