Sunday, July 10, 2011

Gayheart, Dane bakal terima anak kedua


Rebecca Gayheart dan suaminya, Eric Dane


LOS ANGELES 9 Julai - Pelakon, Rebecca Gayheart dan suaminya, Eric Dane dilapor bakal mendapat cahaya mata kedua.

Pasangan itu yang mempunyai anak perempuan berumur 16 bulan, Billie Beatrice dijangka menerima kelahiran bayi baru mereka pada awal tahun depan.

Dane, 38 sebelum ini mengakui lebih tertarik kepada isterinya selepas enam tahun berkahwin apabila Gayheart melahirkan anak perempuan mereka tahun lepas.

"Tiada perubahan lebih baik apabila seorang wanita itu menjadi seorang ibu,'' katanya kepada majalah People pada Mei lalu.

Gayheart, 39, juga kelihatan lebih gembira walaupun dia sering menimbulkan kontroversi.

Pada 2001, dia didakwa atas tuduhan membunuh selepas melanggar seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun dengan kereta yang dipandunya.

Dia dikenakan hukuman tempoh pengawasan selama tiga tahun, lesen memandu digantung selama setahun dan denda AS$2,800 (RM8,400) serta perlu melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat selama 750 jam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: