Monday, July 11, 2011

PKS beri promosi pengkomputeran

SME Corporation Malaysia (SME Corp) dan Microsoft Malaysia mengumumkan kerjasama mempromosi penggunaan penyelesaian pengkomputeran awam dalam kalangan pengusaha kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.

Pengumuman itu dibuat di majlis pelancaran Microsoft Office 365 baru-baru ini, iaitu perkhidmatan Microsoft terbaru yang didatangkan bersama perisian Microsoft Office, SharePoint Online, Exchange Online dan Lync Online yang sentiasa memberi perkhidmatan pengkomputeran terkini secara langganan bulanan.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Datuk Hafsah Hashim berkata, menerusi Microsoft Office 365, golongan profesional dan peniaga kecil serta organisasi dengan kakitangan kurang 25 orang dapat menjalankan tugas menggunakan perisian dan laman sesawang luaran dalam tempoh 15 minit, pada harga ASD6 sebulan bagi setiap pengguna.

“Satu-satunya cara untuk PKS menggunakan teknologi canggih adalah melalui pengkomputeran awan,” katanya.

Menurutnya, pengguna dapat bekerja di mana sahaja, mengemas kini emel, melalui komputer peribadi, iPhones, telefon android; telefon pintar BlackBerry mudah alih Windows serta telefon-telefon Windows.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: