Pembekal utama produk penjagaan kewanitaan di Malaysia, Kotex memperkasakan wanita dengan memberi pendedahan dalam penjagaan terbaik kebersihan bahagian sulit menerusi pengenalan terbaru rangkaian liner Kotex Fresh Plus.
Pengurus Pemasaran Kimberly-Clark (Malaysia), Haniza Tahir berkata, dengan pengalaman hampir 60 tahun, Kotex sentiasa membawa kempen serta produk inovatif.
Menurutnya, produk itu adalah rangkaian liner pertama, selaras memulakan revolusi V-Zone bagi mendidik wanita menjaga kebersihan diri.
“Dianggarkan 23 peratus wanita yang menggunakan liner untuk menjaga kebersihan V-Zone, jadi dengan pengenalan produk ini diharapkan agar wanita lebih prihatin dengan kebersihan diri sendiri,”katanya.
Sementara itu, Pakar Sakit Puan, Dr Premitha Damodaran berkata, penjagaan V-Zone adalah amat penting dalam kesihatan keseluruhan dan kesejahteraan seseorang wanita.
“Jika aspek kesihatan kewanitaan ini diabaikan, jangkitan dan penyakit mungkin terjadi dan ini boleh menjejaskan kesihatan dan juga keyakinan diri,”katanya.
Rangakaian liner ini boleh didapati di semua pasaraya utama dan farmasi berharga RM7.70 (pek 32 keping) dan RM4.90 (pek 20 keping).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: