Friday, July 1, 2011

Perkenal minuman buah-buahan

AM Avenu Sdn Bhd (AM Avenu) optimis capai peningkatan pasaran terhadap produk keluarannya khususnya dalam segmen minuman berperisa buah-buahan dari Timur Tengah yang kini semakin mendapat sambutan di Malaysia.

Pengarah urusannya, Muna Hilal Al-Hashidy berkata, AM Avenu sudah beroperasi lebih 20 tahun di Yaman dalam import dan eksport terutama segmen makanan dan alat tulis berjaya menembusi pasaran Arab Saudi sejak 2005.

Menurutnya, pemilihan Malaysia sebagai lokasi pengembangan sayap niaga kerana ia sebuah negara Islam yang menuju ke arah hab produk makanan halal antarabangsa.

Menurutnya, pembukaan cawangan di Malaysia adalah keuntungan buat syarikat kerana pasa-ran yang khusus untuk produk halal dari beberapa ejen syarikat besar seperti Arab Saudi, Syria dan Turki dapat diperluaskan di negara ini.

Beliau berkata, AM Avenu bertapak di Malaysia sejak 2010 dan menjadi ejen utama mengeksport makanan Malaysia ke Arab Saudi selain mempromosikan produk negara ini ke negara berkenaan.

“Kami mengalu-alukan pe-rusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat lain di Malaysia yang berhasrat memperkenalkan produk masing-masing ke Timur Tengah supaya menghubungi AM Avenu sebagai ‘orang tengah’ memasarkan setiap produk berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian sambil memperkenalkan jenama MS Ulkur, Hillsburg dan Bisects.

Menurutnya, produk AM Avenue adalah minuman dari Timur Tengah dihasilkan daripada bijirin dengan tambahan perisa khusus dari Arab Saudi.

“Minuman ini semakin mendapat sambutan terutama golongan remaja. Ramuan digunakan adalah 100 peratus suci dan halal, tanpa alkohol,” katanya.

Kilang menghasilkan minuman itu terletak 50 kilometer dari Makkah.

“Syarat pengilang di Arab Saudi lebih ketat dan pemantauan dilakukan pihak berkuasa sepanjang masa malah analisis makmal turut sentiasa dipantau dan proses pembaharuan sijil analisis dilakukan di makmal setiap enam bulan sekali,” katanya.

Menurutnya, bagi pasaran Malaysia, syarikat mengadakan pertemuan dan rujukan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan AM Avenu telah berdaftar sebagai ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

2 comments:

  1. Boleh saya tahu website syarikat ini..?

    ReplyDelete
  2. Adakah telah mendapat kelulusan dan pemnatauan dari JAKIM supaya orang ramai tidak berasa was-was..

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: