Kumpulan UMW Toyota Motor Sdn Bhd menyasarkan jualan model Vios 30,000 unit pada tahun ini.
Presidennya, Ismet Suki berkata, Toyota Vios muncul sebagai kenderaan paling laris bagi kategori kenderaan bukan nasional dengan purata jualan 3,000 unit setiap bulan.
Ismet berkata, sejak diperkenalkan 2003 hampir 200,000 unit dijual di Malaysia dan 2010, ia merekod kenaikan 15 peratus daripada 33,700 unit (2009).
“Toyota Vios mendapat sambutan kerana memberi lebih nilai wang, menawarkan penggunaan bahan api yang berekonomi, bergaya dan berprestasi baik,” katanya selepas melancarkan variasi Vios 1.5G edisi baru terhad di Seri Kembangan, semalam.
Vios baru ini dijual pada harga RM89,000 dengan tempoh jaminan pengeluar selama tiga tahun. Sejak tawaran dibuka 23 Mei lalu, tempahan diterima 2,000 unit.
Menurutnya, Vios popular di Malaysia dan 16 negara lain seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: