Sunday, July 10, 2011

Pejabat fantasi

SERBA UNIK... kakitangan Davison boleh menggunakan geladak kapal ini untuk mencari idea baru dalam penghasilan mereka.
SERBA UNIK... kakitangan Davison boleh menggunakan geladak kapal ini untuk mencari idea baru dalam penghasilan mereka.

TIDAK ubah seperti berada di dalam alam fantasi, sesiapa yang terpilih bekerja dalam suasana penuh kedamaian dan dikelilingi keindahan di Inventionland memang bertuah.

Dianggap sebagai pejabat terhebat di dunia, Inventionland dihiasi pelbagai bentuk gula-gula, kek gergasi, pondok di atas pokok, teratak bot, malah air terjun, yang menjadikan premis itu seolah-olah ruang rahsia.


Secara mudah, rekaan penuh harmoni dan unik itu sengaja dibina bagi merangsang pemikiran kreatif kakitangannya.

  • Foto

    MACAM PADANG KANAK-KANAK... ruang kerja yang kelihatan lebih seperti alam fantasi.

  • Foto

    TIDAK TERKONGKONG... rumah pokok yang menjadikan pejabat Davison tidak seperti ruang kerja membosankan.

  • Foto

    LUAR KOTAK... Davison menyediakan persekitaran yang merangsang minda dan mengetepikan konsep pejabat konvensional.

  • Foto

    AIR TERJUN... satu lagi ruang yang menyediakan suasana damai dan menggalakkan penghasilan ciptaan baru.

Inventionland terletak di Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Syarikat, bagi menempatkan pejabat syarikat Davison yang terbabit dalam kegiatan mereka cipta produk.


Ketika ini, barangan inovatif ciptaan syarikat itu banyak dijual di pasar raya utama termasuk Wal-Mart, Target, FAO Schwartz dan JC Penney.


Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Davison, George M Davison kini dianggap sebagai Henry Ford dalam bidang penerokaan dan penciptaan selepas mengasaskan syarikat itu pada 1989.

Kakitangan Davison mula berpindah ke Inventionland sejak 2006 dengan harapan mereka akan mendapat banyak inspirasi daripada persekitaran kerja yang unik itu.


Syarikat itu dilaporkan menghasilkan lebih 2,500 ciptaan baru setahun.

Semuanya dihasilkan melalui kreativiti minda 250 kakitangan Davison yang berkumpul di premis seluas 6,967.7 meter (75,000 kaki) persegi itu.


Kata Davison, proses kreativiti memerlukan ruang untuk merangsang kreativiti kakitangannya.


“Saya tak mahu pekerja Davison berasa bosan dengan hanya memandang skrin komputer,” katanya.


Jelas Davison, setiap orang memiliki idea tetapi untuk mengatakan seseorang itu sebagai pencipta menyebabkan mereka melihat proses itu daripada aspek sempit.


“Hakikatnya, seseorang itu memiliki sisi kreatif masing-masing dan itu yang saya namakan seni kreatif,” katanya.


Davison berkata pereka dan pengimpi berada di Inventionland menghasilkan di antara 200 hingga 240 prototaip produk setiap bulan.


Dalam keadaan itu, katanya, Davison menghasilkan 3,000 produk untuk dipasarkan setiap tahun.


“Sama ada pejabat itu hanya rumah satu bilik atau seluas padang meletak kenderaan, mencari kaedah paling kreatif untuk membentuk ruang memang menarik dan produktif,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: