Thursday, July 7, 2011

Nestle beri jaminan



Nestle (Malaysia) Bhd memberi jaminan kepada pelanggan bahawa produk makanan bayi yang dikeluarkan dari pasaran Nestle P’tit Pot Recette Banana, tidak melibatkan pasaran Malaysia kerana produk itu hanya dijual di Perancis.

"Langkah pengeluaran dari pasaran secara sukarela bagi giliran khusus makanan bayi Nestle P’tit Pot Recette Banana ini adalah langkah berjaga-jaga Nestle France berikutan penemuan kaca di dalam satu bekas oleh seorang pengguna," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tiada pengeluaran atau negara lain yang terlibat.

Katanya, keselamatan dan kualiti produk Nestle adalah keutamaan yang tidak boleh dilihat sambil lewa oleh syarikat itu dan produk yang di kilang, dipasarkan, diimport dan dieksport dengan memenuhi standard kualiti dan keselamatan tertinggi bagi kesejahteraan penggunanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: