
Pengarah Urusan dan Timbalan Ketua Ekonomi Global, Paul Donovan berkata, unjuran angka-angka ini seiring dengan situasi politik dan ekonomi global yang berlaku sekarang.
“Risiko politik di Amerika Syarikat dan Eropah mempunyai kesan kepada ekonomi global dan khususnya, Malaysia. Dengan peraturan perdagangan, pelaburan dan pembatasan kepada aliran modal, saya menjangkakan Malaysia mungkin berkembang sekitar kira-kira 5.0 peratus pada 2012 dan 4.5 peratus tahun ini.
“Inilah paras pertumbuhan yang kami jangkakan untuk Malaysia sebagai sebuah ekonomi berpendapatan sederhana yang berkembang pesat. Saya rasa ianya amat bagus,” katanya.
Donovan berkata, untuk berkembang dalam ekonomi berpolitik, Malaysia perlu lebih digerakkan oleh domestik berbanding sebelum ini.
“Memandangkan Malaysia ialah sebuah ekonomi global terbuka, keputusan yang dibuat di Washington dan Brussels boleh menjejaskan negara,” katanya.
Mengenai trend pelaburan semasa, Donovan berkata, pelabur masih lagi gentar dan meminta jaminan sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan dalam pasaran kewangan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: